
Ilmu yang sebenar-benarnya adalah ilmu yang dapat mendekatkan kita kepada Allah. Tidak kiralah sama ada ilmu akhirat seperti tauhid atau ilmu dunia seperti matematik kerana kedua-duanya jenis ilmu jenis ini mengajar kita mengenai kewujudan Allah dan kekuasaan Allah. Ini selaras dengan pesanan Imam Syafie,
" Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjaga mu dan membuatkan mu cemerlang di dunia dan akhirat, di samping ia menjadi amalan para nabi, rasul dan orang-orang yang soleh "
Ilmu yang dimiliki akan menjadikan seseorang lebih berketerampilan dan berwibawa. Namun sebaik-baiknya ilmu itu dihayat agar boleh jadi penyuluh jalan untuk mengharungi kehidupan.
Tuntutlah ILMU.....
No comments:
Post a Comment