Friday, August 28, 2009

Hadis & Falsafah - Kurang Agama Kurang Akal

Dari Abdullah bin Umar, katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Wahai kaum wanita, bersedekahlah kamu dan banyakkan istighfar iaiatu memohon ampun, kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni neraka.

Seorang wanita yang cukup pintar antar mereka bertanya, "Wahai Rasulullah, mengapa kami kaum wanita yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu".

Wanita itu bertanya lagi, "Wahai Rasululullah ! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?"

Rasulullah bersabda, "Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyakisan seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatan kekurangan agama " (Riwayat Muslim).

Wanita adalah makhluk yang unik, diciptakan berlainan dan berbeza dengan lelaki. Lemahnya agama bagi golongan wanita tidak harus dijadikan alasan untuk memadamkan semangat dalam beribadah.

Ketika mereka dalam haid atau nifas serta tidak dapat menjalankan ibadah solat dah puasa, mereka sebenarnya masih boleh menjalankan amal ibadah lain yang berpahala yang dapat mendekatkan diri pada Allah.

Perempuan juga dikatakan lemah akalnya kerana mereka mudah sekali terpengaruh, tertipu dan terpedaya. Ini kerana mereka dikurniakan banyak nafsu dan lazimnya, mereka tidak berfikir lebih panjang dan bersifat emosional. Oleh itu, dalam hal pengadilan, Islam lebih mengutamakan lelaki.

Tetapi dalam hal yang lain, Islam sama sekali tidak menolak akan hakikat ketajaman pemikiran golongan wanita yang mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki. Hanya yang membezakan antara makhluk Allah adalah nilai ketakwaan mereka.....

No comments:

Post a Comment